Monday, 3 September 2018

Karnival PPDa Peringkat Negeri Selangor pada 11 Ogos 2018

SK Kg Raja Uda sekali lagi menyertai karnival PPDa tetapi kali ini di peringkat Negeri Selangor yang bertempat di SMK Setia Alam pada 11 Ogos 2018.

SK Kg Raja Uda menyertai 2 kategori pertandingan iaitu Pameran Berinformasi dan juga Nyanyian.
Melalui 2 kategori ini, SK Kg Raja Uda cuma mendapat sijil penyertaan sahaja.

Ucapan terima kasih buat warga SK Kg Raja Uda yang telah membantu persiapan untuk ke Karnival PPDa Peringkat Negeri Selangor.






Karnival PPDa Daerah Klang 25 Julai 2018

Pada 25 Julai 2018, SK Kg Raja Uda telah menyertai pertandingan dalam pelbagai kategori di Karnival PPDa Daerah Klang yang bertempat di SK Pelabuhan Utara Klang.

Antara pertandingan yang disertai adalah Petandingan mendeklamasi sajak, bercerita, melukis poster, mewarna, dan pameran bahan berinformasi.

SK Kg Raja Uda berjaya sebagai Johan kategori Pameran Bahan Berinformasi manakala bagi kategori lain sekadar penyertaan sahaja.

Walau bagaimanapun, pencapaian ini amat membanggakan warga SKKRU. Tahniah dan syabas buat warga SKKRU.

Peserta Pertandingan Melukis Poster, adik Syasya Wardia Adriana.


Peserta Pertandingan Mewarna, adik Afif Shafiq bin Mohd Solleh

Peserta Pertandingan Deklamasi Sajak


Peserta Pertandingan Bercerita, adik Zahra


Peserta pertandingan Pameran Bahan Berinformasi


Turut berterima kasih pada guru pengiring, Pn. Farah Wahida bt Mohd. Abdul Rahman, Cik Nur Murni binti Razamin, Cik Fatin Farhana dan Pn. Syarfiqa Salwa








Monday, 5 March 2018

Skuad PPDa in action




Permainan interaktif: Puzzle Dadah








Permainan interaktif: vape


Dart Vape






Dam Ular Vape






Permainan Interaktif: Dam Ular HIV




Permainan interaktif: Lempar dadu inhalan





Permainan interaktif PPDa: Teka Silang kata Alkohol

Guru-guru bertungkus lumus membuat penambah baikan PPDa. Ini permainan interaktif mengenai alkohol.



KAJIAN TINDAKAN PENGETAHUAN DAN PENGLIBATAN MURID TAHUN 6 TENTNG DARVIH


TAJUK KAJIAN :      PENGETAHUAN DAN PENGLIBATAN       MURID TAHUN 6
                                   TENTANG DARVIH DI SK KAMPONG RAJA UDA.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
· Kenal pasti tahap pengetahuan  murid tentang DARVIH
Objektif Khusus
· Kenal pasti murid yang terlibat dengan rokok
· Kenal pasti sama ada terdapat pengaruh ibu bapa dan pengaruh lain terhadap penglibatan murid dalam aktiviti merokok

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini akan melibatkan 78 orang murid tahun 6 yang terdiri daripada 36 orang murid perempuan dan 42 orang murid lelaki.

PELAKSANAAN KAJIAN
Bil.
Aktiviti
Tarikh Pelaksanaan
1.
Temu bual
25-27Julai2017
2.
Menulis Kertas Cadangan
1-7 Ogos 2017
3.
Edaran borang soal selidik
16 Ogos 2017
4.
Analisis data
21-24 Ogos 2017
5.
Merancang Aktiviti
4 September 2017
6.
Pembugaran laluan PPDA
September - Oktober 2017
7.
Kaunseling Kelompok PPDa (Rokok)-
Nafas Segar
5 Oktober 2017 (Sesi 1 Kump 1)
9 Oktober 2017 (Sesi 2 Kump 2)
16 Oktober 2017 (Sesi 2 Kump 1)
17 Oktober 2017 (Sesi 2 Kump 2)
8.
Ceramah Anti DARVIH
10 Oktober 2017
9.
Ujian Post
20 Oktober 2017
10.
Refleksi Kajian Keseluruhan
Oktober
11.
Menulis Laporan
Oktober
12.
Pembentangan
26 Februari 2018

ANALISIS HASIL DAPATAN

Berdasarkan analisis borang soal selidik, didapati sebanyak 33 daripada 78 orang murid tahun 6 yang telah menjawab soal selidik mengaku pernah mencuba untuk merokok. Bilangan ini mewakili sebanyak 42.3 % daripada jumlah sampel yang dikaji. Walaupun jumlah ini belum mencapai separuh bilangan sampel yang dikaji, namun begitu aktiviti atau tindakan intervensi telah dijalankan bagi mengelakkan pertambahan bilangan murid yang mencuba untuk merokok. Daripada data juga didapati sebanyak 50 % murid tahun 6 yang dikaji tidak mengetahui isi kandungan rokok. Bahaya dan isi kandungan rokok yang tidak sihat wajar diingatkan dan disebarkan kepada murid-murid bagi merendahkan keinginan murid untuk mencuba aktiviti merokok. Dalam kajian ini, tindakan susulan yang progresif dalam merancang dan melaksanakan program kempen Anti DARVIH khususnya rokok telah dijalankan dengan jayanya. Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Kampong Raja Uda telah bekerjasama untuk pembugaran laluan PPDa serta pelaksanaan program bertemakan Anti DARVIH di sekolah. 

Aktiviti Minggu Anti DARVIH 2018

26 .2.18
(ISNIN)
PERASMIAN MINGGU
ANTIDARVIH
27.2.18
(SELASA)
PERTANDINGAN  MEWARNA
(THN 5 - KRAYON)
(THN 1 HINGGA 4 -  
PENSEL WARNA)
PERTANDINGAN  KOLAJ
(THN 6)
28.2.18
(RABU)
PERASMIAN KAIN RENTANG (BANER)  ANTIDARVIH
01.3.18
(KHAMIS)
KUIZ ANTIDARVIH
02.3.18
(JUMAAT)
TAZKIRAH  ANTIDARVIH


SKKRU dan Laluan PPDa makeover

Jom kita layan video sekolah kita, SK  Kg Raja Uda.