Monday, 3 September 2018

Karnival PPDa Daerah Klang 25 Julai 2018

Pada 25 Julai 2018, SK Kg Raja Uda telah menyertai pertandingan dalam pelbagai kategori di Karnival PPDa Daerah Klang yang bertempat di SK Pelabuhan Utara Klang.

Antara pertandingan yang disertai adalah Petandingan mendeklamasi sajak, bercerita, melukis poster, mewarna, dan pameran bahan berinformasi.

SK Kg Raja Uda berjaya sebagai Johan kategori Pameran Bahan Berinformasi manakala bagi kategori lain sekadar penyertaan sahaja.

Walau bagaimanapun, pencapaian ini amat membanggakan warga SKKRU. Tahniah dan syabas buat warga SKKRU.

Peserta Pertandingan Melukis Poster, adik Syasya Wardia Adriana.


Peserta Pertandingan Mewarna, adik Afif Shafiq bin Mohd Solleh

Peserta Pertandingan Deklamasi Sajak


Peserta Pertandingan Bercerita, adik Zahra


Peserta pertandingan Pameran Bahan Berinformasi


Turut berterima kasih pada guru pengiring, Pn. Farah Wahida bt Mohd. Abdul Rahman, Cik Nur Murni binti Razamin, Cik Fatin Farhana dan Pn. Syarfiqa Salwa








No comments:

Post a Comment