TAJUK KAJIAN : PENGETAHUAN DAN PENGLIBATAN MURID TAHUN 6
TENTANG
DARVIH DI SK KAMPONG RAJA UDA.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
· Kenal pasti
tahap pengetahuan murid tentang DARVIH
Objektif
Khusus
· Kenal pasti
murid yang terlibat dengan rokok
· Kenal pasti
sama ada terdapat pengaruh ibu bapa dan pengaruh lain terhadap penglibatan
murid dalam aktiviti
merokok
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini
akan melibatkan 78 orang murid
tahun 6 yang terdiri daripada 36 orang murid perempuan dan 42 orang murid lelaki.
PELAKSANAAN KAJIAN
Bil.
|
Aktiviti
|
Tarikh Pelaksanaan
|
1.
|
Temu bual
|
25-27Julai2017
|
2.
|
Menulis Kertas Cadangan
|
1-7 Ogos 2017
|
3.
|
Edaran borang soal selidik
|
16 Ogos 2017
|
4.
|
Analisis data
|
21-24 Ogos 2017
|
5.
|
Merancang Aktiviti
|
4 September 2017
|
6.
|
Pembugaran laluan PPDA
|
September - Oktober 2017
|
7.
|
Kaunseling Kelompok PPDa (Rokok)-
Nafas Segar
|
5 Oktober 2017 (Sesi 1 Kump 1)
9 Oktober 2017 (Sesi 2 Kump 2)
16 Oktober 2017 (Sesi 2 Kump 1)
17 Oktober 2017 (Sesi 2 Kump 2)
|
8.
|
Ceramah Anti DARVIH
|
10 Oktober 2017
|
9.
|
Ujian Post
|
20 Oktober 2017
|
10.
|
Refleksi Kajian Keseluruhan
|
Oktober
|
11.
|
Menulis Laporan
|
Oktober
|
12.
|
Pembentangan
|
26 Februari 2018
|
ANALISIS HASIL DAPATAN
Berdasarkan analisis borang soal selidik, didapati sebanyak 33 daripada 78 orang
murid tahun 6 yang telah menjawab soal selidik mengaku pernah mencuba untuk
merokok. Bilangan ini mewakili sebanyak 42.3 % daripada jumlah sampel yang
dikaji. Walaupun jumlah ini belum mencapai separuh bilangan sampel yang dikaji,
namun begitu aktiviti atau tindakan intervensi telah dijalankan bagi mengelakkan pertambahan bilangan murid yang mencuba untuk
merokok. Daripada data juga didapati sebanyak 50 % murid tahun 6 yang dikaji tidak mengetahui isi kandungan rokok. Bahaya dan
isi kandungan rokok yang tidak sihat wajar diingatkan dan disebarkan kepada
murid-murid bagi merendahkan keinginan murid untuk mencuba aktiviti merokok.
Dalam kajian ini, tindakan susulan yang progresif dalam merancang dan
melaksanakan program kempen Anti DARVIH khususnya rokok telah dijalankan dengan
jayanya. Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Kampong Raja Uda telah
bekerjasama untuk pembugaran laluan PPDa serta pelaksanaan program bertemakan
Anti DARVIH di sekolah.
No comments:
Post a Comment