Tuesday, 2 September 2014

Gotong-royong sekolah dan PPDa 2014 SKKRU

Sekolah Kebangsaan Kampong Raja Uda telah mengadakan gotong-royong secara besar-besaran melibatkan kerjasama antara guru-guru dan kakitangan sekolah. Bantuan bomba turut diperlukan bagi tujuan menebang pokok besar di kawasan belakang sekolah.

Bomba, guru-guru, wakil PIBG dan pekerja swasta bekerjasama menarik pokok.

Guru-guru bekerjasama membersihkan kawasan gelap di belakang sekolah.



Kawasan kaki lima sekolah yang dihiasi dengan pantun Anti Dadah.


Tali gantung hukuman bagi pengedar dadah jika sabit kesalahan!




Visi dan Misi Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah Kebangsaan Kampong Raja Uda ditampal sebelum ke lorong PPDa supaya semua warga SKKRU maklum.


Poster yang ditampal pada dinding di kaki lima sekolah.


Sudut pameran di lorong PPDa dihias dengan cantik menggunakan tema coklat.

Sudut Informasi juga dihiasi dengan bunga-bungaan.





Projek baru sekolah iaitu Projek Mural.



Guru-guru praktikal dari Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBA) menunjukkan bakat mereka dalam melukis mural.


Inilah hasilnya! Pokok Pencegahan Pendidikan Dadah.



Lengkap dihiasi poster dan informasi yang pelbagai mengenai dadah.





Globe Pencegahan Dadah yang baru sahaja selesai dihias.

Guru Besar SKKRU, Puan Jema'ah binti Ismail turut menolong menceriakan lorong PPDa dengan bunga-bungaan yang indah.

Syabas dan tahniah kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Kampong Raja Uda dan juga wakil-wakil PIBG yang turut sama terlibat menceriakan kawasan sekolah serta menjadikan sekolah kita kawasan yang selamat untuk murid. 


No comments:

Post a Comment