Tuesday, 2 September 2014

Gotong-royong sekolah dan PPDa 2014 SKKRU

Sekolah Kebangsaan Kampong Raja Uda telah mengadakan gotong-royong secara besar-besaran melibatkan kerjasama antara guru-guru dan kakitangan sekolah. Bantuan bomba turut diperlukan bagi tujuan menebang pokok besar di kawasan belakang sekolah.

Bomba, guru-guru, wakil PIBG dan pekerja swasta bekerjasama menarik pokok.

Guru-guru bekerjasama membersihkan kawasan gelap di belakang sekolah.



Kawasan kaki lima sekolah yang dihiasi dengan pantun Anti Dadah.


Tali gantung hukuman bagi pengedar dadah jika sabit kesalahan!




Visi dan Misi Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah Kebangsaan Kampong Raja Uda ditampal sebelum ke lorong PPDa supaya semua warga SKKRU maklum.


Poster yang ditampal pada dinding di kaki lima sekolah.


Sudut pameran di lorong PPDa dihias dengan cantik menggunakan tema coklat.

Sudut Informasi juga dihiasi dengan bunga-bungaan.





Projek baru sekolah iaitu Projek Mural.



Guru-guru praktikal dari Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBA) menunjukkan bakat mereka dalam melukis mural.


Inilah hasilnya! Pokok Pencegahan Pendidikan Dadah.



Lengkap dihiasi poster dan informasi yang pelbagai mengenai dadah.





Globe Pencegahan Dadah yang baru sahaja selesai dihias.

Guru Besar SKKRU, Puan Jema'ah binti Ismail turut menolong menceriakan lorong PPDa dengan bunga-bungaan yang indah.

Syabas dan tahniah kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Kampong Raja Uda dan juga wakil-wakil PIBG yang turut sama terlibat menceriakan kawasan sekolah serta menjadikan sekolah kita kawasan yang selamat untuk murid. 


Ramadhan tiba lagi!

Ramadhan datang dan pergi. Syawal pula memunculkan diri. Sesama insan maaf memaafi, Agar kehidupan sentiasa harmoni.



Sesi bacaan Surah Yassin pada pagi Jumaat berserta taklimat guru-guru.






Sesi tazkirah bersama murid yang dijalankan oleh Ustazah Syarifah Neny Eryana dan Ustazah Wan.




Sesi bersalam-salaman dan bermaaf-maafan.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul di Sekolah Kebangsaan Kampong Raja Uda semestinya cukup meriah! Guru-guru dan murid-murid akan berarak dalam kawasan kampung dengan membawa sepanduk di samping berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Soalan cepumas untuk para pembaca yang budiman.. Apakah tema Sambutan Maulidur Rasul kita pada tahun ini? Tahun 2014 ini merupakan Tahun Hijrah yang ke berapa? Ha, kalau nak tau jawapan, tengok dulu gambar-gambar ni....

Guru-guru dan murid-murid berarak sambil berselawat.

Puan Rahmathunnisha selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Puan Rosni selaku Guru Hal Ehwal Murid turut sama berarak di kawasan kampung.

Wakil PIBG juga turut sama menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul.


Sepanduk yang dibawa oleh murid.


Ha, semua dah dapat jawapannya kan? "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" untuk tahun 1435H.



Murid pra-sekolah turut berarak.