- kesan ke atas penagih
- kesan kepada keluarga penagih
- kesan kepada masyarakat
- kesan kepada negara
KESAN KE ATAS PENAGIH
Kesan yang jelas ialah dari segi tingkah laku penagih. Penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih. Penagih juga menjadi seorang yang tidak bertanggungjawab dalam kerja atau persekolahan.
Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan sentiasa berkhayal, pitam, pengsan dan rasa ketagihan berlebihan. Daya tahan badan penagih menjadi lemah dan ia akan mudah dijangkiti penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.
KESAN KEPADA KELUARGA PENAGIH
Maruah dan nama baik keluarga tercemar di kalangan masyarakat. Penagih akan membebankan keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk merawat penagih. Malahan, penagih akan sentiasa meminta wang untuk membeli dadah dan jika tidak memperolehi wang, penagih mungkin bertindak ganas dengan mengamuk atau mencuri dan merompak.
Harapan ibu bapa akan musnah apabila mengetahui anak terlibat dengan dadah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perceraian boleh terjadi antara ahli keluarga.
KESAN KEPADA MASYARAKAT
Suasana hidup dalam masyarakat akan menjadi tidak tenteram kerana terdapat kejadian mencuri, merompak dan lain-lain yang dilakukan oleh penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah.
Didapati 40% daripada banduan terdiri daripadapenagih dadah. Perpaduan akan terjejas akibat pertelingkahan antara satu keluarga dengan keluarga yang lain akibat penglibatan anak - anak dengan dadah.
KESAN KEPADA NEGARA
Negara dan masyarakat menanggung kos yang tinggi akibat permasalahan ini. Kos yang dapat dilihat dengan nyata adalah:
- Kos bagi menyediakan kemudahan dan pusat rawatan / pemulihan dadah.
- Kos menyelenggara program pencegahan
- Kos kerugian akibat aktiviti-aktiviti jenayah
- Kos menambah penguatkuasaan polis bagi membendung aktiviti jenayah. Contohnya menambah bilangan polis, kakitangan penjara dan mahkamah.
- Pengurangan daya saing dan pengeluaran ekonomi negara.
Kos tidak nyata adalah seperti:
- ketakutan dan kekecewaan yang dialami masyarakat dan mangsa aktiviti jenyah yang dilakukan oleh penagih dadah seperti kes ragut.
- Golongan belia adalah golongan paling ramai terlibat dengan penyalahgunaan dadah, sedangkan golongan belia sepatutnya menjadi tonggak negara.