Wednesday, 8 August 2012

Kesan Pengambilan Dadah

Kesan pengambilan dadah boleh dilihat daripada 4 sudut iaitu:
  • kesan ke atas penagih
  • kesan kepada keluarga penagih
  • kesan kepada masyarakat
  • kesan kepada negara

KESAN KE ATAS PENAGIH

Kesan yang jelas ialah dari segi tingkah laku penagih. Penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih. Penagih juga menjadi seorang yang tidak bertanggungjawab dalam kerja atau persekolahan.

Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan sentiasa berkhayal, pitam, pengsan dan rasa ketagihan berlebihan. Daya tahan badan penagih menjadi lemah dan ia akan mudah dijangkiti penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.


KESAN KEPADA KELUARGA PENAGIH

Maruah dan nama baik keluarga tercemar di kalangan masyarakat. Penagih akan membebankan keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk merawat penagih. Malahan, penagih akan sentiasa meminta wang untuk membeli dadah dan jika tidak memperolehi wang, penagih mungkin bertindak ganas dengan mengamuk atau mencuri dan merompak.

Harapan ibu bapa akan musnah apabila mengetahui anak terlibat dengan dadah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perceraian boleh terjadi antara ahli keluarga.
 

KESAN KEPADA MASYARAKAT

Suasana hidup dalam masyarakat akan menjadi tidak tenteram kerana terdapat kejadian mencuri, merompak dan lain-lain yang dilakukan oleh penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah.

Didapati 40% daripada banduan terdiri daripadapenagih dadah. Perpaduan akan terjejas akibat pertelingkahan antara satu keluarga dengan keluarga yang lain akibat penglibatan anak - anak dengan dadah.


KESAN KEPADA NEGARA

Negara dan masyarakat menanggung kos yang tinggi akibat permasalahan ini. Kos yang dapat dilihat dengan nyata adalah:
  • Kos bagi menyediakan kemudahan dan pusat rawatan / pemulihan dadah.
  • Kos menyelenggara program pencegahan
  • Kos kerugian akibat aktiviti-aktiviti jenayah
  • Kos menambah penguatkuasaan polis bagi membendung aktiviti jenayah. Contohnya menambah bilangan polis, kakitangan penjara dan mahkamah.
  • Pengurangan daya saing dan pengeluaran ekonomi negara.

Kos tidak nyata adalah seperti:
  • ketakutan dan kekecewaan yang dialami masyarakat dan mangsa aktiviti jenyah yang dilakukan oleh penagih dadah seperti kes ragut.
  • Golongan belia adalah golongan paling ramai terlibat dengan penyalahgunaan dadah, sedangkan golongan belia sepatutnya menjadi tonggak negara.

Sebab-sebab Pengambilan Dadah

Antara sebab-sebab pengambilan dadah:
  • Keseronokan
  • Perasaan ingin tahu
  • Pengaruh rakan sebaya
  • Tujuan perubatan
  • Mengatasi tekanan jiwa

Apa Itu Dadah?

Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubahsuai proses kimia dalam badan untuk tujuan tertentu.

Walau bagaimanapun, jika dadah disalahgunakan tanpa mengikut preskripsi dibenarkan, ia akan membawa kepada ketagihan, kemerosotan kesihatan dan keruntuhan akhlak. Malah, ia boleh membawa maut jika berlebihan dos.

Wednesday, 11 July 2012

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA MURID
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
SK KG RAJA UDA

PENGERUSI
AZLAN SHAH BIN SHIAK HUSSIAN

NAIB PENGERUSI
NURAISYAH SAKINAH BINTI IDHAM

SETIAUSAHA
SHARIFAH AINA ZAININA BINTI SYED AHMAD ZAMRI

BENDAHARI
NUR DINIE BALQIS BINTI ABDUL YAZID

AHLI JAWATANKUASA MURID SESI PAGI
1. MUHAMMAD HAIKAL BIN NOR HASROL
2. MUHAMMAD ALFI AJWAD BIN RUSMADI
3. NUR AMIERA BINTI MOHD. SAID @ MANAN
4. SITI NUR SARAH BINTI MOHD. RODZI
5. AINNUR HANEM BINTI JAMALUDDIN

AHLI JAWATANKUASA MURID SESI PETANG
1. ADAM DANISH BIN MOHD RAZIF
2. MUHAMMAD ARIF HAKIMI BIN RAMLEE
3. NUREEN BATRISYIA BINTI ROHAIZAD
4. NURFAIRUZ MAISARAH BINTI KHAIRUSAM
5. NURUL AQILAH BINTI AHMAD FADHILAH
 

Tuesday, 10 July 2012

Carta Organisasi 2012

CARTA ORGANISASI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) 2012
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG RAJA UDA
PELABUHAN KLANG.

PENASIHAT:
PN. HAJAH HUZAIMAH BINTI MOKHTAR
GURU BESAR

PENGERUSI:
PN. ROSNI BINTI NORAN
GPK HEM

NAIB PENGERUSI 1:
PN. HAJAH RAHMATHUNNISHA BT PACKEER MOHAMED
GPK KURIKULUM

NAIB PENGERUSI 2:
PN. NANG HAYATI BINTI AWANG @ NIK ISHAK
GPK KOKURIKULUM

NAIB PENGERUSI 3:
PN. SITI SALWAH BINTI KUSAINI
GPK PETANG

KETUA PPDa:
PN. ROZANA BINTI ABDUL RAHIM

SETIAUSAHA PPDa
PN. NADIA BINTI MAT RUSNI

AJK PPDa
PN. BEBE FATIMAH BINTI M. ABDULLAH

AJK PPDa
PN. NORHAFIDAH BINTI MOHD. NORDIN

AJK PPDa
EN. AHMAD FUAD BIN MOKTI

AJK PPDa
PN. NIRMALA A/P SUPPERAMANIAM


Sunday, 8 July 2012

Majlis Penyampaian Hadiah

Sempena  Minggu PPDa, suatu Majlis Penyampaian Hadiah diadakan bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang kuiz, pertandingan melukis poster dan pelbagai acara menarik yang telah diadakan.













Para penerima hadiah

Para penerima hadiah bersama Pn. Bebe Fatimah, Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Kg Raja Uda.

Perasmian Minggu PPDa

Perasmian Minggu PPDa oleh Guru Besar SK Kg Raja Uda, Pn. Hajah Huzaimah binti Mokhtar.
Penerangan mengenai dadah.
Murid khusyuk mendengar penerangan yang diberikan.
Bacaan Ikrar Anti Dadah diketuai oleh adik Azlan Shah bin Shiak Hussian.
Bacaan Ikrar AntiDadah oleh murid-murid.





Murid bersedia untuk menyanyikan lagu Anti Dadah.





Deklamasi sajak sempena Minggu PPDa.

Lorong PPDa SK Kg Raja Uda

Inilah Lorong PPDa SK Kg Raja Uda
Papan informasi dadah

Carta organisasi, sijil dan poster informasi mengenai dadah, jenis, faktor dan kesan-kesannya.

Hasil kerja murid.
Katakan TAK NAK! pada rokok.

Risalah dan informasi mengenai dadah
Dadah menyebabkan masa depan menjadi gelap.

Replika tengkorak angkara dadah

Inilah kesan dan akibat bagi penagih dadah tegar dan juga pengedar dadah.




                                           

                                           Murid SK Kg Raja Uda BENCI Dadah!!!






Glob dadah.

Pokok dadah

Risalah mengenai dadah yang ditampal di pintu gerbang.

Suasana di lorong PPDa SK  Kg Raja Uda.




                                                          Sekian, terima kasih.....

Sunday, 24 June 2012

Visi, Misi dan Matlamat



  • Visi
Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015 
 
  • Misi
Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan
Pencegahan Dadah ( PPDa )
yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.

  • Matlamat
Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi
pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan
dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah
dengan meletakkan sasaran “ Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012.”